awan. cantik. subhanallah!
bagi yang pernah naik flight, ade tak rasa teringin nak sentuh awan-awan tu.
ade tak rasa teringin nak keluar melompat dari tingkap sebab nak duduk atas awan,
macam dalam cerita Goku tu..
aihh, ape tanye bende merepek ni??
ok. tengok awan tu, macam kapas, kan?
dan, sebenarnya ada kisah menarik di sebalik penciptaan awan.
kalaulah ditanya bagaimana awan terbentuk,
tentulah jawapannya daripada air, bukan?
dari proses penyejatan, then, aihh tak perlu cerita,
belajar je waktu sains sekolah rendah!
tetapi, kajian sains tu hanya jawapan teori.
awan itu sebenarnya terbentuk daripada ketakutan,
ketakutan makhluk terhadap Allah!
pelik ?? ya ! sangat pelik!
dikisahkan, ada satu makhluk, sebutir mutiara,
dan Allah belek mutiara tersebut.
belum sempat ia dibelek,
ia terus menggigil dengan amat dahsyat, mengapa?
kerana ia takut, kepada Allah Yang Maha Agung.
lantas, ketakutan itu membuatkannya merekah,
dan pecah, sehingga berserakan menjadi seperti kapas.
lalu, Allah perintahkan agar mutiara yang pecah itu menjadi awan.
bermakna, awan di langit yang saban hari memayungi kita ni pun terciptanya dari ketakutan makhluk
terhadap Allah.
bagaimana pula dengan kita, yang berteduh di bawahnya.
takutkah kita terhadap Allah?
telek hati, tanya iman.
wallahualam.
sumber:perkongsian dgn seorang ustazah
seronok bila bersembang dengan orang banyak ilmu, macam-macam perkara baru kita tahu!
betulkan saya andai saya tersilap :)
No comments:
Post a Comment
say it out. anyting. saya xkisah