_the best s0lace_

indeed with HARDSHIP will be EASE, so when you have finished your duties, than stand up for worship, and to your LORD direct your longing~




Wednesday, 14 March 2012

subhanallah~

berchenta menyapu halaman rumah yang dah penuh dengan dedaun rambutan yang luruh dek kerana angin kencang bertiup semalam. sakit mata tengok. tak disapu, nanti takut la pulak ada orang salah faham musim autumn kat bumi Malaysia ni.

asyik menyapu, teringat la pulak kenangan lalu.haih.sempat lagi kan.tapi memang tergelak la.

sebab diri ni kakak, maka selalu la bercerita kat adek-adek. menyampaikan ilmu yang sikit, kot-kot lekat dalam kepala diorang dan dipraktikkan, inshaallah ada lah manafaat, kan.

one day,, tersebutlah kisah,

kakak: adek, akak ade baca, kalau kita menyapu sambil membaca subhanallah, umpama kita menyapu di   hadapan kaabah.
adek :wow, hebat-hebat!kabah yang petak dekat makkah tu kan?
kakak: betul-betul-betul, pandai !

another day,

menyapu denga penuh khusyuk tawadhuk, dengar burung menyayi riang gumbira, maka TERfollow nyayi sama.sekali,adek yang ade kat sebelah tu kate,

adek: ingat tak dulu akak penah cakap, kalo menyapu sambil ucap subhanallah, pahala macam kita menyapu  depan kabah?

kakak: gulp! terkedu!

nak cover malu, sengih je kat adek tu. haishh! untung ade adek yang dengar cakap ni. plus berani pulak tu nak tegur kakak dia yang mudah alpa ni. terima kasih adekku sayang :)



 




betulkan saya andai saya tersilap :)

No comments:

Post a Comment

say it out. anyting. saya xkisah