tak boleh nak sembang kosong, gelak-gelak kalau bilik macam singapura dilangggar todak.
tak nak jadi manusia yang workaholic, taksub pada kerja, sampai tak kisah sekeliling jadi apa.
#conclusion yang hati kata bila tengok pengalaman manusia.
SABTU-21 april,uruskan borang MARA plus berjalan-jalan ke pasar tani seorang diri, sambil menjadi seorang pemerhati kepada gelagat manusia yang bermacam rupa
ISNIN-23april, uruskan bank draft. oh yess, dah umur lapan belas , macam-macam benda kene tahu. nak uruskan cek deposit, bla, bla..
urtusan dekat public bank. mula-mula masuk, diam terkujat depan pintu. ''aku sesat ke?'' sebab dalam tu major Chinese. boleh kira dengan jari customers dia yang lain berlainan bangsa. tapi, siyes lah aku puji seikhlas hati staff dia. cekap, ligat macam lipas kudung*but, but, but, aku sendiri tak penah tgk lipas kudung actually.
SELASA-24april, medical chek up plus beli hadiah cekgu-cekguku tercintaaa
alhamdulillah, everything okayy jep.
RABU-25april which is today, buat pasport, tukar akaun Tabung Haji. hee, alhamdulillah pergi dengan abi, kalu drive sendiri mau sesat la. mane pernah sampai situ.
lepas settle semua urusan waktu pagi, petang rutin biasa, mengajar. malam kiok la. penat sehh.
itu hidup. hidup di dunia yang pastinya hanya sementara. aku jadi takut kalau hidup berterusan sibuk, sampai masa untuk akhirat entah ke mana. aku takut teralpa yang semua ni aku buat hanya untuk sesuatu yang sementara, bukan untuk DIA yang Maha ESA. aku takut........................
dan aku baru tersedar yang aku ni observant terlebih...............
#self-reflection semata-mata.its okay kalau anda yang membaca tak faham apa-apa
No comments:
Post a Comment
say it out. anyting. saya xkisah